Monday, August 26, 2019



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya, Sharifah Anis Azyyati binti Tuan Pail merupakan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ambilan Jun 2019.




Blog ini merupakan tugasan 2: Penghasilan Produk bagi tugasan individu untuk subjek Kemahiran Belajar. Tajuk tugasan saya adalah menghasilkan produk e-Portfolio Pembelajaran secara individu dengan mengaplikasikan pelbagai kemahiran menerusi TMK tentang Perisian Utiliti, Tajuk & Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer di RMK. 

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami, Cik Vijayaletchumi a/p R. Maniveloo, pensyarah mata pelajaran Kemahiran Belajar di atas segala jasa beliau dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan seperjuangan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tanpa jasa dan pengorbanan beliau, tugasan ini pasti kurang bermakna kerana ilmu yang beliau curahkan adalah amat berharga buat kami.
Image result for vijayaletchumi maniveloo
                            
Terima kasih. 



Bab 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

Image result for perisian utiliti wallpaper

7.1 PERISIAN UTILITI

Perisian utiliti adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian komputer adalah program-program, dokumentasi pengguna (manual penggunaan perisian), dokumentasi sistem (maklumat mengenai keperluan sistem ) dan data konfigurasi (data-data yang diperlukan untuk komputer berfungsi). 

Mari kita lihat satu persatu.